Signup Now!
Join our mailing list for latest news and information about Burma.

Mengenai Kami (Malaysian)

About Us (English) | မိမိ္တို႔အေၾကာင္း (Burmese) | Tentang Kami (Indonesian) | ビルマ・パートナーシップについて (Japanese) | 버마 파트너쉽에 대해" (Korean) | 關於我們 (Mandarin) | Mengenai Kami (Malaysian) | เกี่ยวกับเรา (Thai) | Giới Thiệu (Vietnamese)

Visi Kami

Burma Partnership ingin melihat sebuah negara Burma yang bebas dan demokratik serta mendukung prinsip-prinsip hak asasi manusia, kesamaan dan keadilan. Kami percaya bahawa kerjasama dan usaha secara muafakat adalah pendekatan utama ke arah perubahan demokratik di Burma.

Misi Kami

Burma Partnership adalah rangkaian organisasi merentasi rantau Asia Pasifik yang menyokong dan menggerakkan usaha  ke arah demokrasi dan hak asasi manusia di Burma. Kekuatan kami adalah berasaskan kepelbagaian kumpulan-kumpulan yang berkerjasama dengan kami dalam menyokong visi kami. Kumpulan ini merangkumi kepimpinan politik dan sivik dari pelbagai etnik di dalam Burma, rakyat Burma yang berada dalam buangan, serta organisasi-organisasi perpaduan segenap rantau yang menyokong perjuangan kami.

Usaha Kami

  • Mempromosikan kerjasama serantau di antara pergerakan demokrasi nasional dan hak-hak kaum etnik Burma dan organisasi-organisasi perpaduan di rantau Asia Pasifik
  • Menyeleraskan inisiatif bersifat penglibatan serta usaha yang efektif di kalangan kumpulan-kumpulan pergerakan demokrasi Burma dan organisasi-organisasi perpaduan,.
  • Membantu kumpulan–kumpulan di sempadan-sempadan Burma,  dalam usaha-usaha penyebaran media dan usaha-usaha perjuangan demokrasi dan hak; serta
  • Menerbit dan mengedarkan informasi dan risalah yang terkini dan padat yang menyokong pendirian, usaha serta agenda pergerakan demokrasi Burma.

Siapa Kami

Burma Partnership terdiri daripada ahli-ahli Jawatankuasa Kerja berikut:

Organisasi Perikatan Rakyat Burma :
Forum for Democracy in Burma (FDB)
Nationalities Youth Forum (NYF)
Students and Youth Congress of Burma (SYCB)

Rangkaian Perpaduan Serantau :
Alternative ASEAN Network on Burma (Altsean-Burma)
Asian Forum for Human Rights and Development (Forum-Asia)
Asia Pacific Solidarity Coalition (APSOC)

Gabungan Perpaduan Nasional:
Solidaritas Indonesia untuk Burma (SIB)
Free Burma Coalition-Philippines (FBC-Philippines)
Burma Campaign Korea (BCK)
Hong Kong Coalition for a Free Burma (HKCFB)

People’s Forum on Burma (PFB) (Japan)

Sekretariat Burma Partnership mempunyai dua orang penyelaras, Cik Khin Ohmar dan Encik Soe Aung, dan lima kakitangan yang menjalankan kempen dan pelan sokongan berdasarkan hala tuju yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kerja dan organisasi-organisasi bersekutu.

Latar Belakang

Burma Partnership, dahulunya dikenali sebagai Asia-Pacific Peoples’ Partnership on Burma (APPPB), telah ditubuhkan pada satu persidangan serantau yang diberi nama ‘Perubahan Demokratik oleh Rakyat’: Perpaduan Asia Pasifik untuk Burma’ di Chiang Mai, Thailand pada Februari, 2006.  Persidangan ini telah diasaskan dan dianjurkan oleh Forum for Democracy in Burma (FDB) dengan kerjasama Alternative ASEAN Network on Burma (Altsean-Burma) dan Asian Forum for Human Rights and Development (Forum-Asia).  

Persidangan tiga hari tersebut telah diadakan untuk mewujudkan perpaduan dan kerjasama di seluruh rantau Asia-Pasifik bagi membangunkan dan melaksanakan satu strategi umum untuk pergerakan kumpulan-kumpulan sivik serantau yang terancang dan untuk mengukuhkan sokongan terhadap ASEAN Inter-Parliamentary Myanmar Caucus (AIPMC) dan kaukus-kaukus parlimen nasional untuk Burma.